umrah ziarah dua TANAH SUCI

 
aku di jemput Menjadi tetamu Allah...
Kdg2 kite sering lupa..
JANJI ALLAH ITU PASTI.
diantara cepat atau lambat kite akan perolehinya.
Kite sebagai hambaNya
hanya perlu memohon
apa jua hajat di hati.
In Sha ALLAH 
jika ikhlas lillahiTaala
Allah akan makbulkan..


Alhamdulillah..segalanya termakbul..berkat doa mak jugak.
xputus pinta doa mak siang malam.
segala urusan dari kelengkapan visa
a to z semuanya lancar..


family yg bg support semua turun hantar ke KLIA,
time cm ni baru tau cmne perasaan jemaah yg bakal ke tanah suci
hati rasa berbunga2 + excited + rasa cm waaaa betul ke nak g mekah ni...

sgalanya mungkin terjadi..

sbb

JANJI ALLAH ITU PASTI



saya n suami ambil perkhidmatan
jemaah xramai berbanding agensi lain
ni memudahkan kami utk berada dlm kelompok jemaah.

2 minggu aku akan tinggalkan Malaysia
dan akan aku tinggal segalanya keduniaan n harta
fokus hanya 1

Innasolati wanusuki wamayahya wamamati
LILLAHIRABBIA'LLAMIN



open gate lambat lg
delay
sepatutnya 3pm dah boleh fly
tp kene tggu 5pm


asben pesan.jgn putus zikir,supaya Allah sentiasa permudahkan urusan
dan selalu baca ni

Doa memudahkan urusan

"Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birohmatikaya Arhamarrohimin."

Maksudnya: "YaAllah Permudahkanlah Jangan Dipersulitankan dan Kau akhirkanlah dgn Kebaikan."

Semoga Allah memudahkan segala urusan kita pada keesokan hari dan hari2 yang seterusnya serta menjadikan kita hambaNya yang sentiasa bersyukur dan bermuhasabah..


sambil mkn xputus2 pesan n nasihat


dulu dia pg sorang dia leh redah je
tp skang dah bwk kite
dia kenala tgglkan masej

pemimpin kan.. :)


selesai solat n naik tren g balai berlepas.
penerbangan mkn masa anggaran 9jam
mungkin...
sbb sampai jeddah dah tgok jam arab saudi
jd cm agak blur ttg waktu
hehehe

sampai lapangan jeddah urusan imagrasi agak sulit sbb kene urusankan sendiri.
tp Alhamdulillah aku n suami jemaah pertama yg dapat keluar dulu.
tggu kat bas luar menunggu jemaah lain settle.
1st..beli simkad n kol mak bgtahu dah selamat sampai jeddah

solat subuh di jeddah dlm perjalanan ke madinah.

perjalanan dr jeddah ke madinah juga agak lama
dan sampai hotel 8pg.sarapan n rehat & mandi

dari bilik permandangan cm ni
kami ddk kat hotel elaf taiba Al madinah

sgt xsabar nak masuk masjid nabawi


khusus utk jemaah wanita gate 25 adalah laluan utk ke raudhah
raudhah terhad utk di ziarah bg wanita,ttpi setiap masa dibolehkan bg kaum adam.
bestkan laki2 ni..ghibtoh..ghibtoh


pertama kali petugas terangkan n ajari doa2 n bawa jemaah wanita masuk masjid.
sambil menunggu giliran MALAYSIA / INDONESIA masuk raudhah
kite leh solat sunat dulu..mengaji quran
sambil mengamati setiap sudut dlm masjid ni.
sistem jadual ni pentadbiran masjid nabawi buat mgkin 
utk elakkn kesesakan jemaah yg terlalu ramai didlm masjid ini.


sementara tu petugas sarankan kami utk memberi salam kepada 
Nabi Muhammad Salallahualaihiwassalam
serta kepada ke2 sahabat
saidina Abu Bakar AsSidiq RA 
bersama Umar AlKhattab RA

kat bawah kubah hijau ni betul2
 makam Nabi Muhammad SAW

di ruang legar ini la suatu masa dahulu 
Nabi selalu lalu lalang.
(hati aku terdetik sendiri)



xdapat nak bygkan dgn kata2.hanya ALLAH yg mengerti n ketahui perasaan ini.
menangis bercucuran xhirau siapa
hamba yang berdosa apabila bermonolog bersama sang pencipta
ketika di taman syurga,
 betul2 membawa kepada penginsafan.




apabila masuk je karpet hijau ianya adalah Raudhah Area

Raudhah bererti Taman..tempat yg xpenah sunyi dr jemaah.Antara tempat mustajab doanya.
Raudhah terletak diantara kamar Nabi dan mimbar untuk berdakwah.

Seperti sabda Rasulullah Saw

, “Antara rumahku dengan mimbarku adalah Raudhah di antara taman-taman surga”
 (HR. Bukhari no. 1196)


Raudhah kawasan terhad.sangat kecil utk menampung jutaan jemaah,
jd insiden2 berebut2 tolak menolak mmg berlaku,

pandai bawa diri,hormat jemaah lain,saling membantu,
xmau selfish.
in sha Allah 
Allah akan lindung kite n antar someone utk protect kite
 time solat dari di langkah dan di pijak
n dapat solat kat dalam raudhah gn tenang.





petugas tu bawa sekali je masuk raudhah pastu ,hari2 lain boleh pg persendirian.
jadi saye ambik peluang solat kat merata2 dalam masjid tu.
zohor kat sini,asar pulak kat sane.
biar puas merasa semua.

Sabda Rasulullah SAW
"pahala sembahyang di masjidku ini adalah 1000x lebih baik
drpd sembahyang dimasjid2 lain kecuali di masjidil Haram."

jd kite kene kejar pahala yang itu.


hari ke 3 aktiviti
ZIARAH LUAR KOTA MADINAH
first kami  melawat n solat sunat
di masjid Quba
masjid Quba adalah MASJID PERTAMA dibina dlm sejarah umat islam
dan Baginda Rasulullah sendiri turut serta dalam pembinaan masjid ini.


pastu kami di bawa ke jabal uhud (bukit uhud)
ustaz ckp di beri nama uhud (ahad) tunggal
bukit tu satu besar dan gah
dahulunya Zaman Rasulullah SAW berlaku perang besar 
iaitu perang Uhud
sila check sejarah utk ambik pengajaran
okey.


seramai 70 para pahlawan mati syahid
diantaranya bapa saudaranya Hamzah
paling menyedihkan baginda apabila jasad bapa saudaranya
di ambil jantung lantas di mamah2 
oleh Hindun yakni isteri kepada Suffian
utk balas dendam terhadap Hamzah.
dan ketika itu kaum kafir quraisy diketui oleh Khalil Al Walid
serba sdikit sejarahnya ya.

kat belakang ni jabal uhud

kat belakang ni jabal Ai'nain
atau Bukit pemanah kerana kat situ Baginda menempatkan 50 org pemanah di tugaskan utk 
memanah kaum musyrikin.

Kemenangan pada mulanya berpihak dtgn islam,
Tetapi akibat ingkar arahan Baginda dan mereka turun 
utk dapatkan harta rampasan
dan tentera musyrikin telah menyerang mereka
dari belakang yg mybbkan ramai para sahabat terkorban
malah Baginda Nabi SAW turut mengalami kecederaan patah rahangnya.


Kelihatan ramai jemaah yg ambik peluang memanjat bukit ai'nain.

sebenarnay segala yg berlaku mmg tlh tertulis dlm perancangan ALLAH.
hanya ALLAH shja yg tahu sebab musababnya 
dan kita sbgi umat islam perlu ambil pgajaran 
dari kekalahan tentera islam itu.

Jika kita inginkan kesejahteraan dan keselamatan 
dunia dan akhirat
kita mesti mentaati perintah ALLAH dan sunnah RASULULLAH SAW.


next kami ke ladang kurma
org cakap kalau nak beli kurma
kat madinah ni kurma dia best.

ole2 utk saudara mara boley la beli kat sini.
buah kurma @ tamar 
boleh di jadikan penawar berdasarkan hadis sahih Nabi SAW.

next kilang Al-QURAN 
lelaki je
yang di benarkan masuk kedlm kilang
perempuan leh dduk kat ruang legar je.

beli quran kat sini
niat dan wakafkan 
letak kat masjid nabawi
utk bahagian mak ayah
adik beradik
saham akhirat.
kite kejar yg tu.. 

Alquran ni akan jadi syafaat utk pembacanya
semoga kite tergolong dlm mendapat syafaatnya.

antara beberapa tempat yg kami ziarah
masjid Qiblatain / Masjid Tujuh 

keesokannya
aktiviti n masa persendirian
bebas lakukan ibadah
jalan puas2 kt madinah.

dari masjid nabawi pun nampak hotel kami
dekat sangat


turun hotel ikut gate 15
trus masuk masjid  nabawi

view mlm dr bilik malam terakhir ..
3AM akan kumandang azan pertama
dan boleh dah kite turun pg masjid
4AM azan kedua dah boleh berjemaah.
Ramai sgt sbb tu best sgt
semuanya sangat best lah.


payung ni akan terbuka
ketika jam sekitar 5pagi
kat sini pagi dah memang terang cmni
payung complete kembang 
mengmbil masa 4minit
dari jam 5.28am dan 5.31am
cceeeyy sanggup tggu tu.
semata2 nak tggu payung kembang.


bersyukur sgt
Allah kurniakan Akal fikiran
kat manusia utk mengindahkan masjid Nabawi ni
kubah yang special
leh berubah dan bergerak2
bagi pengcahayaan masuk 
dalam masjid.


Hari ke4  hari terakhir di Madinah.
duduk di masjid.
Menghayati sepuasnya suasana kat sini
hati berbisik 
inilah tempat turunya wahyu.
Kota tempat Nabi doakan kebaikan utknya.

sabda Nabi Muhammad SAW

"Ya Allah sesungguhnya Ibrahim telah mengistiharkan 
Makkah Al-Mukarramah menjadi tanah Haram
maka aku istiharkan Madinah Tanah Haram
sebagaimana Ibrahim istiharkan Mekah menjadi tanah Haram"


11pagi dah kene bawak turun beg kat lobi
mkn tghari
serah kunci kt petugas

                                                     

ziarah Wida'

semoga ziarah ini bukanlah ziarah yg terakhir
semoga di kurniakan peluang lagi n lagi
dpt ziarah lagi dlm keadaan sihat walafiat
Amin

 Aku naik saksi bahwa
Tiada Tuhan yang di sembah
melainkan ALLAH
dan aku naik saksi bahwa
Nabi Muhammad SAW
adalah utusan ALLAH.



will miss u Madinah Al munawarrah


perjalanan ke kota mekah
selesai lakukan sunat

niat ihram di Bir Ali
kat sini semua jemaah dr Madinah akan berhenti
utk niat Ihram
jd pas ni dah kene jaga ihram
kalau xjaga pantang larang
akan di kenakan Dam

bermulakan
kami bertalbiah
dari sini

sepanjang perjalanan hati xhenti bertalbiah

Labbaikallahumma labbaik
Labbaikala syarikalaka labbaik
innal hamda wan ni'mata
laka wal mulk la syarika lak

"aku dtg memenuhi panggilan-Mu Ya Allah"

terpukul sejenak hati ni..
AKU TETAMU ALLAH

MasyAllah semuanya dah tertulis

la haulawala quwata illah billah

perjalanan agak panjang
berhenti maghrib dan jamak isyak
di wadi uday
area kul 6.55pm

malam tu sampai mekah 9pm
petugas bawa kami selesaikan umrah 

Masyallah
selamanya tgk kt tv je

ini dapat tgk tanpa perantaraan apa2
mataku terpaut pada rumah Allah
xtergambar gn kata2

malam yang indah
niat terbuku
dah termeterai
umrah pertama selesai

kat sini
setiap waktu akan ada solat jenazah
jenazah akan di usung oleh kaum adam.

muhasabah

setiap bernyawa akan merasai mati
mereka di sini
aku?

hari ke 6
ziarah luar kota makkah
tempat ni namanya
jabal Rahmah di Arafah
tempat bertemunya Nabi Adam AS bersama Hawa

dan org melayu kite pun ade buat kisah adam hawa
kat sini jugak jumpenye..hehee



jabal rahmah ini juga sama maksud bukit kasih syg
kat Arafah ni la tempat berwukuf pada musim haji


kat sini juga telah di bacakan 


sama2 kita hayati pengisian khutbah tersebut.

byk tempat tp xberpeluang nak snap picture utk kongsi
antaranya gua hirak - tempat turun wahyu pertama
bukit tersina - tempat persembunyian nabi dr kaum musyrikin
semua mmpunyai sejarah tersendiri

lalu di tempat perkhemahan bakal2 haji 
melakukan rukun haji
mina 
mudzalifah

tempat berlaku serangan tentera bergajah

lalu jugak di perkuburan isteri nabi
Khadijah umul mukminin

akhirnya berhenti di masjid  Ja'rannah
utk niat umrah

selesai umrah
kite makan kat mall
pastu dah boleh lakukan ibadah persendirian
semoga ALLAH redha.

hari ke 8
selepas sarapan
pergi ke ladang unta

unta ni haiwan yang special
antara haiwan yang Nabi pelihara
dan menjadi tunggangan Baginda berdagang
berperang dan berhijrah.

nak rase jd beli la sikit
comeynye..suami saye botak..

pastu berhenti kat masjid hudaibiyah
niat umrah kat sini

di sini termeterainya perjanjian hudabiyah
yg membawa kepada
kemasyuran islam ke seluruh dunia


saya jumpa kawan saya
sebelum ni
dah penah jumpa kat majlis ta'lim darul multadza
dan dengar juga hajatnya nak ke mekah
tp xingat bila tarikhya

terserempak jugak waktu di balai berlepas ketika di KLIA
dan tanpa perancangan usai solat zohor jumpa lagi kat mekah

Masyallah.

setiap pertemuan dan perpisahan itu sebenarnya
telah di catat oleh Allah
kita hanya memenuhi waktu tersebut sehingga ajal menjemput

xpenah tgok 
pertama kali dapat sentuh
amati setiap inci
makam ibrahim AS

sejarah ttg makam tersebut
terngiang2 tatkali melihat makam Nabi Ibrahim AS.

samada sedar dan xsedar
Aishah..awak tahu x awak ade kt mana?
air mata menitis lagi.

dan sape sangka..ape yg terlintas
kat hati.semua Allah makbulkan.

Alhamdulillah..badanku yg kecik ni dibawa mudah oleh suami
mengharungi lautan manusia dgn bantuan Allah
2 kali dpt mencium hajaratul aswad
Masyallah..
solat di hijr ismail 

Ya Allah..engka berhak memilih sesiapa
dan aku bersyukur
menjadi 1 diantaranya.

hari2 berlalu lakukan umrah semampunya
luangkan masa di rumah Allah
mmg tenang
safa ke marwah 7 pusingan
beriringan gn suami
rase cm bjln di taman firdausi.

hari terakhir..
lakukan tawaf wida'
persaan rindu mula membenih

packing brg
checkout
sedih lagi 
kali ntah keberapa ntah

hotel kami bersebelahan gn hotel mak abah
duduk time haji rituh
owhh..syg..kat sini la mak abah ddk
kate aku mase memula sampai sini..

naik bas..kul 5ptg sampai lapangan jeddah
kat sini ade laut
ramai gak org g main air laut tu
katenya baik utk ubati kulit


kat situ ade masjid terapung.
tara..air masin sikit bile amik wuduk.
jom solat..solat terakhir kat arab saudi
utk kali ni..
in sha Allah
tahun depan ke..nak dtg lg.

balik Malaysia
lalui rutin
semoga diri ni beristiqomah
melakuakn amal soleh
doakan sesama kita ya..

ALHAMDULILLAH
syukran 
YA ALLAH
untuksemua ini.



Popular posts from this blog

PTGC

fae big day..BarakAllah..

love our earth ( @ ZOO NEGARA )