masjid besi

SETENANG AIR DI KALI
MASJID BESI PUTRAJAYA


kunjungi rumah الله bersama saudara baru.

الحمد لله
hafiz Mong mendapat hidayah memeluk islam.


on weekend kami  bawa hafiz jln2 dan solat di masjid ni

senireka masjid ni memberi ketenangan pada saye.

Masjid ini direka berdasarkan 3 konsep iaitu  angin, sederhana dan telus. Kira-kira 6,000 tan keluli digunakan bagi pembinaan tersebut yang mewakili kira-kira 70% manakala selebihnya adalah konkrit


dalam waktu yang same terlihat sepasang pengantin
 yg tgh photoshoot.

kalau tgok azan kat astro oasis 
Amy search tu azan dlm masjid ni la.

selepas solat zohor
kami duduk2 sambil berbicara tntg
kekuasaan  الله‎ 

kat tingkat atas ruangan solat muslimah
dan juga tempat utk adakan aktiviti2 pengajian.Masjid Besi 
mempunyai keisitimewaan antaranya tiada
pemasangan kipas atau air cond.
tp kat sini hanya guna gas penyejuk(GDC)



hehehe cm nak nasyid je tgok dorang bergambar

hafiz mong bersama en salehuddin

kekuasaan  الله‎ meliputi langit dan bumi

 kalau 1st time dtg boleh sesat jugak kot

antara kemudahan kat sini

  • Ruang solat termasuk dewan utama, dewan terbuka dan dewan solat muslimat
  • Tiga unit kuaters dua tingkat tiga bilik untuk kakitangan masjid
  • 10 unit bazar atau ruang niaga di dalam kawasan masjid
  • Bilik pameran yang mampu memuatkan 250 orang
  • Dapur
  • Bilik orang kenamaan
  • Bilik penyelenggaraan
  • Bilik jenazah
  • Pejabat
  • Bilik kawalan audio visual
  • Ruang letak kereta bawah tanah

dari sini leh jugak nmpak lake view putrajaya


perjalanan menuju ke masjid akan menyeberangi sebuah jejantas
 yang menghubungkan Dataran Putrajaya ke kawasan masjid ini
 yang dikenali sebagai Kiblat Walk

Pintu utama menuju ke ruang solat utama terukir 
ayat suci al-quran dari Surah Al-Israa' ayat ke-80

Hiasan dalamannya dilatari ukiran  Asma Ul Husna 
menggunakan tulisan kaligrafi dari jenis khat Thuluth.

Ar'rauf = Maha Mengasihani

Jejantas ini dihiasi dengan kolam air seolah-olah 
berada di kawasan kota istana purba Alhambra

kalau nak tahu cmne cntiknya masjid ni
leh la dtg..


               semoga Hafiz lebih gembira dan di rahmati  الله‎ 

okey..pasni  nak g solat kat masjid petaling pulak.
jom jom


Popular posts from this blog

aku terima nikahnya

save da date..1.11.11

welcome No... 1