KEINDAHAN TALAQQI

27 - 29 januari 2012
Program Talaqqi Intensif 2012..kami berkampung 3hari di sini,
di bangunan Darul Quran wal Hadith

"hubungan ilmu LEBIH ERAT dari hubungan darah,
hubungan ilmu di dunia dan akhirat.hubungan darah kadangkala boleh berpisah"

kata salah seorg ustaz ketika program ini.
Ustaz Abdullah Al-Fansuri


sebelah malam pula kami meneruskan pengajian di masjid Taman TAR ampang.
seramai 400 org peserta yg telah menyertai program ini.
semuanya terdiri dr adik2 dari IPT dlm & luar negara.
termasuk individu2 yang berminat (saya n suami)
ada yang dr brunei,singapura.


 Pesanan dari Walid Al-Musnid Syeikh Muhammad Fuad Kamaluddin :

"Pekasakan diri kamu sehingga kamu menjadi yang terbaik di universiti kamu. Sibukkan diri kamu dengan diri kamu, sibukkan diri kamu dengan fahaman Ahlu Sunnah Wal Jamaah. Jangan sibukkan diri kamu dengan ahli fitnah"

bila berada dalam majlis ilmu,kita harus menjaga ADAB.
  • silent hp sbb kite xnak ada gangguan ketika tuan guru menyampaikan ilmu
  • jgn bercakap sbb ilmu adalah amanah yg ingin di sampaikan
  • jangan ketawa melampau sbb nampak xsopan dihadapan tuan guru
  • hormat ketika ingin bangun jika ada hajat

banyak lagi adab yg harus di jaga semasa majlis ilmu.



sepanjang pengajian..2 kitab perlu di khatamkan.


di sini tempat jemaah muslimah berehat dan makan.




lantunan qasidah menambahkan lagi perasaan cinta 
kepada Rasulullah SAW.



ilmu dari ulama (sanad)
ilmu yang di ambil melalui talaqqi (mengambil ilmu dari mulut ke mulut)
cara menuntut ilmu yang berbeza dgn org kafir

ilmu Allah bersambung (melalui malaikat>Rasul>ulama)
ilmu kafir terputus ( melalui buku/kajian)

"sesungguhnya ilmu itu di ambil melalui bimbingan"
ramai org yg sesat di sbbkan tiada guru
ramai org yg sesat di sbbkan tidak cintakan ilmu



akhlak yang mulia sentiasa di praktikkan.

majlis ilmu yang penuh barakah..semoga ilmu dapat di amalkan
 dan di sampaikan kepada muslimat di luar

pengalaman pertama..
duduk makan kongsi sedulang  
..melahirkan rasa cinta dan kasih sesama kami
"sesungguhnya keberkatan itu turun ditgh2 dulang makanan"




Tauhid / Akidah yang di pegang dari awal (warisi dari Nabi SAW)+(Salafussoleh)
marilah kita memuliakan Rasulullah SAW


kitab syamail Rasulullah SAW - masjid taman TAR


selesai majlis ilmu belah malam,
kami mkn malam lg bersama.



hari ke2


majlis di mulakan dengan lantunan qasidah


1 penghormatan kepada guru,sofa tempat duduk tidak akan ada mana-mana
pun pelajar yg akan duduk di atasnya.

apabila masuk bulan rabiulawal kita di galakkan membaca
sirah Rasulullah SAW.
ajarlah anak2 kite ttg sejarah nabi..
Insyallah akhlak Nabi yg kite praktikkan akan turun kepada
generasi kita..


cmnilah suasana mlm di masjid Tmn TAR..muslimah



hari ke3



terasa diri sgt kerdil..bile berkumpul menadah ilmu
betapa jahil diri ini..
byk lagi ilmu yg perlu di pelajari



setiap waktu di isi dgn perkara yang bermanfaat

Alhamdulillah,Syeikh menyampaikan ijazah dan sanad bagi kitab Aqidah 
dan kitab syamail Muhammadiah
serta beberapa ijazah yang di pohon oleh peserta lain.
Semoga Ilmu diberkati.


mlm majlis penutup di masjid Tmn TAR..terasa sedih nak berpisah dgn adik2
kolej As-sofa




sempat jugak amik pic kereta tuan Guru Syeikh Al-Walid Muhammad Fuad Kamaludin Al-Maliki








sesungguhnya saya sgt merindui majlis sebegini.


marilah kite menjadi golongan yg berilmu 
berlandaskan sunah dan al-quran
dengan berguru

malaikat sentiasa bersama ketika dalam majlis ilmu


carilah barakah dalam setiap perkara 


berkawanlah dengan kawan yang boleh membimbing kite ke arah kesempurnaan.








ALHAMDULILLAH..
Sangat-sangat gembira dan bahagia apabila hidup ini dikelilingi oleh para masyaikh dan orang-orang soleh. Lagi gembira dan bahagia andai saya dapat bawa kalian bersama saya. Pesanan yang sentiasa saya pegang dan ingat sampai bila-bila: 

"Dakwah dan hidayah itu bukan hanya untuk ustaz ustazah yang bertudung labuh dan berkopiah, hidayah itu milik Allah, dakwah (seruan) kebaikan itu perlu disebarkan kepada semua tanpa mengenal usia, warna kulit, bangsa dan agama kerana itu kewajipan kita. Tidak wajar dalam menjadi penyambung mata rantai Rasulullah saw, kita bersikap "memilih bulu" menyampaikan ajaran baginda kepada orang yang kita rasakan baik sahaja"

Sesiapa pun anda, saya sudi bersahabat dengan kalian kerana matlamat dan visi kita sama untuk mencari dan berteduh pada keredhaan Tuhan.Ayuh teman-teman, saya hulurkan tangan, sambutlah ia, sama-sama kita berjuang dan saling mengingatkan. ^_^


Popular posts from this blog

aku terima nikahnya

save da date..1.11.11

welcome No... 1